KUCHING: Kos projek pembinaan tiang bendera tertinggi negara tidak hanya membabitkan tiang, tetapi termasuk kos dataran projek yang terletak berdekatan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di tebingan Kuching.
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman menjelaskan, kos bahan binaan semasa juga perlu diambil kira.
Tegasnya, projek berkenaan dibiayai sepenuhnya pihak swasta sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (SCR) syarikat terlibat.
Untuk makluman, projek pembinaan tiang bendera tersebut dibina dengan kos RM30 juta.






