ARTIKEL

Ambulans Hilang Kawalan Langgar Dua Kenderaan Di Tumpat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Dua wanita cedera selepas kereta mereka dilanggar sebuah ambulans yang dipercayai hilang kawalan di Simpang Tiga Kampung Neting, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Tumpat, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata kemalangan berlaku pada 1.15 tengah hari apabila ambulans jenis Toyota Hiace milik Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipandu lelaki tempatan berusia 43 tahun dari arah Kelaboran menuju ke Pengkalan Kubor dipercayai mengalami kegagalan sistem brek ketika tiba di lokasi kejadian.

“Ambulans itu kemudian hilang kawalan sebelum melanggar sebuah Proton Waja yang dipandu wanita berusia 33 tahun dan sebuah Perodua Viva dipandu wanita berusia 29 tahun dari arah Kota Bharu.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Waja mengalami pendarahan di bahagian kepala manakala pemandu Perodua Viva cedera di lutut kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala pemandu ambulans tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Khairi berkata ujian saringan air kencing terhadap pemandu ambulans juga didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke