ARTIKEL

Gambar Hiasan

Anak cerminan didikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SOALAN: Adakah wajar mengatakan sesebuah generasi sebagai generasi yang lemah?

JAWAPAN: Pada asasnya, kita tidak sepatutnya mudah melabel atau menganggap sesebuah generasi sebagai generasi yang lemah.

Hal ini demikian kerana setiap generasi mempunyai cabaran, kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Tidak adil untuk kita menghukum keseluruhan generasi hanya berdasarkan kelemahan segelintir individu dalam kelompok tersebut.

Sebaliknya, kita perlu melihat pembentukan anak-anak pada hari ini banyak dipengaruhi oleh didikan generasi terdahulu, khususnya ibu bapa, guru dan masyarakat.

Jika anak-anak hari ini mempunyai kelemahan dari segi akhlak, disiplin atau pegangan agama, kita juga perlu bermuhasabah tentang sejauh mana tanggungjawab mendidik dilaksanakan.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang bayi pun yang dilahirkan melainkan dia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menjelaskan setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yang suci.

Persekitaran, pendidikan dan didikan ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk keperibadian serta pegangan hidup mereka.

Allah SWT juga berfirman: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” (Surah al-Tahrim, ayat 6).

Justeru, daripada kita sibuk menyalahkan generasi muda, lebih baik kita menilai kembali peranan generasi terdahulu dalam membentuk mereka.

Adakah kita sudah memberikan contoh yang baik? Adakah kita mendidik mereka dengan ilmu agama, akhlak dan nilai kehidupan?

Hakikatnya, setiap generasi mempunyai kelebihan masing-masing dan berdepan dengan cabaran zaman yang tersendiri.

Tidak mustahil generasi anak-anak kita berhadapan dengan cabaran yang lebih besar berbanding generasi terdahulu.

Kesimpulannya, janganlah terlalu mudah menganggap generasi hari ini sebagai generasi yang lemah.

Sebaliknya, jadilah generasi yang membantu memperbaiki kelemahan mereka.

Ingatlah bahawa generasi yang baik tidak lahir dengan sendirinya, tetapi dibentuk melalui pendidikan, bimbingan dan teladan daripada generasi sebelumnya.

BERITA LAIN

Trauma setiap kali terbang

Pernahkah anda berasa gementar setiap kali menaiki kapal terbang, meskipun sudah berkali-kali melalui pengalaman penerbangan? Jika ditanya kepada saya, jawapannya sudah tentu ya. Anehnya, perasaan

Bijak belum tentu kebal penipuan

KEBIJAKSANAAN, pendidikan tinggi dan pengalaman hidup sering dianggap sebagai benteng yang mampu melindungi seseorang daripada menjadi mangsa penipuan. Namun, apabila emosi dipermankan, individu yang paling

BERITA TERBARU

Trauma penderaan imej janaan AI

MELBOURNE: Kira-kira satu daripada 15 orang dewasa di Australia, Britain dan Amerika Syarikat (AS) pernah mengalami penderaan berasaskan imej janaan kecerdasan buatan (AI), menurut satu

Pelaburan tenaga perlu pulangan saksama

KUALA LUMPUR: Projek intensif tenaga perlu dinilai bukan hanya berdasarkan nilai pelaburan, malah dari segi kesiapsiagaan infrastruktur, kecekapan tenaga, penyertaan pembekal tempatan, pembangunan kemahiran dan