ARTIKEL

Gambar Hiasan

Ancam keselamatan PM, pemandu lori dipenjara enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR : Seorang pemandu lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat hantaran mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, tahun lepas.

Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizal Mohamad, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Faizal yang menangis selepas mendengar hukuman itu, didakwa membuat dan memulakan penghantaran yang mengancam sifatnya terhadap Anwar dan menteri-menteri dengan menggunakan nama profil Tiktok @jaiadani89 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 20 Nov 2023.

Hantaran itu telah dibaca pada 26 Nov tahun sama, pada 12 tengah hari di sebuah kondominium di Jalan Tong Shin, Dang Wangi di sini, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal berkata hantaran yang dibuat oleh OKS adalah tidak wajar serta bersifat mengancam dan dia perlu lebih berhati-hati menggunakan media sosial.

“Saya mohon OKS dikenakan hukuman setimpal supaya satu mesej pengajaran dapat diberikan kepada OKS dan masyarakat,” katanya.

Faizal yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikurangkan kerana dia yang baru bekerja dengan berpendapatan RM2,000 sebulan selain perlu menanggung dua anak berumur tujuh dan lapan tahun serta ibu yang menghidap sakit jantung.

“Isteri saya tidak bekerja. Saya ada banyak hutang yang tak bayar dan kelengkapan sekolah anak-anak pun tak beli lagi, oleh itu saya mohon mahkamah memberi tempoh kepada saya untuk bayar denda kerana gaji saya dibayar pada 5 atau 6 haribulan setiap bulan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)