ARTIKEL

ANGELINA JOLIE utamakan keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie, mengakui masih belum terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta baharu selepas perceraiannya dengan Brad Pitt, meskipun hampir sedekad berlalu sejak mereka berpisah.

Angelina berkata, sejak perpisahan mereka pada 2016, fokus utamanya adalah untuk membesarkan enam anak serta memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Keadaan itu menyebabkan kehidupan percintaan bukan lagi keutamaannya.

“Sejujurnya, saya belum bercinta sejak bercerai hampir 10 tahun lalu. Saya merasakan perkara itu bukan lagi keutamaan dalam hidup kerana fokus saya sekarang adalah kepada anak-anak dan keluarga,” katanya.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 51 tahun itu turut mengakui pelbagai pengalaman dan cabaran hidup yang dilaluinya memberikan kesan mendalam terhadap dirinya.

Menurut Angelina, kehidupannya kini sedang melalui fasa perubahan, namun tidak seperti yang pernah dibayangkannya sebelum ini.

Walaupun usianya semakin meningkat, beliau tidak melihat dirinya sebagai seseorang yang sedang meniti usia tua.

Sebaliknya, beliau merasakan kini adalah masa terbaik untuk kembali menikmati kehidupan dan mencari kebebasan.

“Semuanya sedang berubah, tetapi bukan seperti yang saya jangkakan. Saya tidak berasa seperti seorang wanita berusia 51 tahun yang mula memikirkan usia tua.

“Sebaliknya, saya rasa sudah tiba masanya untuk hidup semula dan kembali bebas. Dari satu sudut, saya rasa kehidupan telah sedikit mematahkan semangat saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Angelina dan Brad mendirikan rumah tangga pada 2014 sebelum berpisah pada 2016.

Proses perceraian mereka akhirnya dimuktamadkan pada Disember 2024 selepas melalui perbicaraan yang panjang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak kandung, iaitu Shiloh Jolie, Vivienne Jolie dan Knox Jolie.

Pasangan itu juga mengambil tiga anak angkat, iaitu Maddox Jolie, Pax Jolie dan Zahara Jolie.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU