ARTIKEL

Angkat FILEM TEMPATAN di mata dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Baru-baru ini, penerbit fi lem Sumpahan Jerunei berpeluang menyertai Festival Filem Antarabangsa Julien Dubuque 2023 di Dubuque, Iowa, Amerika Syarikat (AS) selama empat hari. 

Festival tersebut bukan sahaja memberi ilmu baharu, ia sekali gus membantu mempromosi Malaysia di mata dunia. 

Menurut Pengarah Eksekutif Seni Duapuluh Duapuluh Datin Wendy Wong, festival yang berlangsung pada 26 April lalu itu menjadi usaha terbaik memperkenalkan fi lem tempatan di peringkat antarabangsa tanpa memerlukan modal besar. “

Selepas menyertai festival fi lem ini, saya galakkan penerbit fi lem tempatan ambil peluang sertai festival di luar negara.

“Jika fi lem kita terpilih untuk acara tayangan perdana dunia, pihak penganjur membantu mempromosikan fi lem serta mengatur sesi temu bual bersama-sama penerbit,” katanya yang mengakui tidak lengkap peranan penerbit tanpa menyertai festival fi lem di peringkat antarabangsa. 

Biarpun fi lem Sumpahan Jerunei tidak dapat ditayangkan di AS disebabkan terikat perjanjian dengan Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) yang dijangka berlangsung Julai atau September depan, namun penyertaan di Dubuque tetap berbaloi.

Wendy berangkat ke Festival Filem Antarabangsa Julien Dubuque 2023 bersama-sama rakan kongsinya, Datuk Nancie Foo mengakui inisiatif ini memberi peluang mencipta jaringan rangkaian lebih luas.

Menurut Wendy, selepas Festival Filem Julien Dubuque, fi lem Sumpahan Jerunei dijadualkan menyertai Festival Filem Cannes di Perancis dan festival fi lem di Korea Selatan.

Bagaimanapun, Sumpahan Jerunei yang sepatutnya mengisi slot tayangan perdana di Dubuque tidak dapat diteruskan disebabkan sudah mengikat perjanjian lebih awal dengan AIFFA. 

“Sebenarnya, kami hampir batalkan penyertaan dan bercadang menyertainya pada tahun hadapan.

“Tetapi selepas menghubungi penganjur, mereka minta kami datang kerana nama kami ada dalam senarai delegasi,” ujarnya. 

Tambah Wendy, mereka turut diundang untuk sesi bual bicara Coffee Talk dengan berkongsi tentang syarat penggambaran di Malaysia termasuk peraturan jika ada penerbit luar yang ingin menjalani penggambaran di Malaysia.

Wendy turut berpeluang bertemu ramai penerbit dari seluruh dunia yang membuka peluang kerjasama bagi penghasilan fi lem.

“Kami juga dapat membantu mempromosikan lokasi menarik untuk penggambaran di negara kita.

“Sebenarnya, objektif menyertai festival fi lem tidak hanya mempromosikan fi lem semata-mata,” ujarnya.

BERKONGSI ILMU

Wendy juga banyak belajar dalam aspek penerbitan fi lem selama berada di AS.

Dengan menonton koleksi fi lem hebat, Wendy dan Nancie dapat meningkatkan ilmu penerbitan fi lem yang bagus pada masa hadapan.

“Apabila menyertai acara seperti ini, barulah kami tahu kenapa sesebuah fi lem itu dipilih sebagai fi lem terbaik.

“Secara tidak langsung kami dapat belajar menghasilkan fi lem berkualiti sebagai persediaan bertanding pada masa hadapan,” katanya.

Filem Sumpahan Jerunei memaparkan kisah benar sejarah pengebumian bangsawan Melanau dijangka ditayangkan pada Julai depan. 

Filem seram dan misteri ini menampilkan barisan pelakon hebat Bront Palarae, Syafi e Naswip, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Uqasha Senrose dan Ruminah Sidek.

BERITA LAIN

Cegah sebelum terlambat

VIRUS yang menyebabkan AIDS iaitu HIV telah lama wujud. Kes pertama HIV di Sarawak dilaporkan pada 1999. Sejak itu, wabak itu menjejaskan hampir 4,000 rakyat

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang

Pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB

SELANGOR Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 dalam kejohanan Mid

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi