Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan beliau membuat permohonan untuk menyertai PAS bersama-sama 10,000 individu lain.
Menurut siaran langsung di akaun Facebook miliknya, tempoh enam bulan selepas dipecat digunakannya untuk berfikir secara mendalam memerhatikan arus dan pola politik negara tanpa dipengaruhi emosi dan sentimen.
Tegasnya selain beliau, terdapat 10,000 lagi individu turut menyertai parti itu.






