ARTIKEL

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Anwar dan Shehbaz Sharif bincang hubungan dua hala Malaysia-Pakistan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif bagi membincangkan hubungan dua hala serta isu serantau.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar menghargai peranan Pakistan dalam membantu rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran.

Beliau turut menyatakan harapan agar lawatan Ketua Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir ke Malaysia dapat direalisasikan tidak lama lagi selepas beberapa kali tertangguh seperti dilapor Bernama.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan urusan eksport daging yang akan disusuli lanjut oleh pasukan kedua-dua negara.

Anwar turut menzahirkan penghargaan atas ucapan takziah Shehbaz berhubung pemergian abangnya, Allahyarham Idrus Ibrahim, pada 24 September lepas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU