ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di sini hari ini.

Anwar gesa kestabilan politik Negeri Sembilan dipelihara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kemelut kepimpinan di Negeri Sembilan perlu dilihat dalam kerangka menghormati institusi beraja serta memastikan kestabilan pentadbiran negeri itu terus terpelihara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata kenyataan seorang pemimpin UMNO di Negeri Sembilan bahawa parti berkenaan sedia menjadi pembangkang di negeri itu tidak wajar diperbesarkan. 

“Kenyataan UMNO (Negeri Sembilan) itu belum jelas. Saya tidak mahu komen itu.

“Cuma sekarang ini kalau isunya institusi raja, saya dengar sendiri daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Tuanku Muhriz Tuanku Munawir).

“Jadi isunya tidak berbangkit kerana kita patuh kepada titah raja, minta supaya keadaan stabil dan Menteri Besar (Datuk Seri Aminuddin Harun) teruskan (tugas),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menegaskan parti itu rela menjadi pembangkang daripada bersama PH dalam pentadbiran kerajaan negeri berkenaan kerana tidak mahu terpalit dengan krisis adat dan Perlembagaan negeri itu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata sebarang dakwaan berhubung Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Aminuddin kehilangan sokongan majoriti perlu ditentukan melalui proses yang sah mengikut peruntukan undang-undang.

“Apakah benar kehilangan dukungan sepenuhnya? Itu semua akan ikut proses,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan dalam mempertahankan sistem beraja, termasuk peranan institusi Undang sebagai sebahagian daripada struktur pemerintahan Negeri Sembilan.

“Saya juga telah berikan pandangan kepada Menteri Besar, selain daripada taat kepada titah Yang di-Pertuan Besar, (untuk) juga terus santuni (para) Undang, ikut peraturan dan undang-undang Negeri Sembilan,” kata Perdana Menteri. 

Pada 27 April, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan dilaporkan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin, susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri itu.

Krisis adat di Negeri Sembilan mula timbul susulan tindakan undang luak yang dilaporkan mengisytihar menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke