ARTIKEL

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Anwar, Wong bincang konflik Asia Barat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura menyambut baik gencatan senjata sementara yang melibatkan Amerika Syarikat, Iran, Israel serta Lubnan susulan konflik di Asia Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kesepakatan itu dicapai melalui perbualan telefon dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong untuk membincangkan perkembangan terkini konflik tersebut yang kesannya semakin menekan rantaian tenaga dan bekalan dunia termasuk di rantau ini.

“Saya tegaskan keperluan mendesak untuk semua pihak menyokong penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkekalan,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Anwar berkata pada masa sama, Malaysia turut menegaskan kepentingan mengekalkan kebebasan dan keselamatan laluan maritim di Selat Hormuz selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri berkata Malaysia turut menyokong usaha diplomatik yang sedang digerakkan termasuk peranan Pakistan dalam membuka ruang dialog.

Menyentuh isu tenaga, beliau berkata perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan sistem grid serta menangani cabaran keseimbangan penawaran dan permintaan termasuk mempercepat pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN sebagai langkah strategik serantau.

Anwar berkata Malaysia dan ASEAN akan terus berusaha untuk kekal berdaya tahan dalam mendepani ketidaktentuan global melalui kerjasama erat serta pendekatan berpaksikan kepentingan rakyat. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan