Apa menarik di Gua Rusa?

KUCHING: Gua Rusa terletak di Taman Negara Mulu merupakan sebahagian daripada khazanah geologi terbesar di dunia. Di dalamnya pelbagai pelbagai arca semula jadi terbentuk jutaan tahun lalu.

Antaranya ialah stalaktit yang tergantung dan stalakmit. Gua Rusa merupakan tapak warisan Unesco, kira-kira 100 kilometer (km) ke timur Miri mengambil masa 25 minit perjalanan dengan kapal terbang untuk tiba di sana.

Dari Miri, pengunjung juga boleh menaiki bas atau kereta, kemudian menaiki bot ekspres menyusuri Sungai Baram hingga ke Marudi dan terus ke Long Terawan.

Seterusnya menaiki bot panjang ke Taman Negara Mulu.

Di sepanjang sungai terdapat beberapa rumah panjang kaum Iban yang menarik hati para pelancong.

Keseluruhan perjalanan lazimnya mengambil masa hampir 12 jam.

Gua ini dikenali sebagai gua terbesar di dunia sehinggalah Gua Son Doong di Phong Nha-Ke Bang, Vietnam dijelajahi dan ditinjau pada 2009.

Gua Rusa atau dikenali sebagai gua payau oleh puak Penan dan Berawan kerana rusa sering berlindung di dalam gua tersebut pada satu masa dahulu.

Ia merupakan sebuah gua batu kapur dan terletak kira-kira 3 km (dua batu) dari ibu pejabat Taman Negara Gunung Mulu, Miri.

Gua Rusa terletak di kedudukan terpencil tetapi mudah dicapai dengan hanya berjalan kaki ini, amat sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran dan pengembaraan lasak.

Ia merupakan gua terbesar dari siri empat gua yang dibuka bagi lawatan di taman ini, dan merupakan laluan gua terbesar di dunia.

Gua Rusa boleh dicapai dengan mengikuti laluan pelantar kayu yang disediakan dari ibu pejabat Taman Negara Gunung Mulu. Untuk sampai ke pintu gua, pengunjung boleh mengikuti jalan pelantar kayu yang disediakan dan perjalanan tersebut akan merentasi paya gambut, pamah aluvium dan rabung batu kapur.

Gua Rusa ini merupakan tapak pengkebumian silam bagi orang yang menduduki kawasan ini. Gua Rusa juga merupakan laluan gua terbesar di dunia, dan keluasan gua ini amat menakjubkan, dengan ukuran 2 km (1.2 batu) panjang dan tidak kurang daripada 90 meter (295 kaki) tinggi pada titik terendahnya.

Salah satu tarikan yang terdapat pada gua ini adalah bongkah batu yang memiliki bentuk menyerupai Abraham Lincoln dalam bayangan matahari, apabila dilihat dari dalam gua.

Di dalam gua tersebut terdapat laluan konkrit sempit yang dibina sebagai panduan bagi para pengunjung merentasi lanti gua yang dipenuhi guano, bagi memudahkan pelawat untuk menjelajah gua tersebut lebih jauh lagi.

Selain itu terdapat lampu yang dipasang bagi memudahkan pelawat bergerak di dalam gua tersebut.

Satu lagi tarikan dalam gua tersebut adalah air terjun Adam dan Hawa, yang menderu mengalir turun dari stalactite berongga dengan ketinggian 120 meter (394 kaki).