ARTIKEL

Dr Hazland bercakap pada sidang media persidangan dan pameran APGH 2026 sambil disaksikan yang lain di Bilik Media DUN.

APGH 2026 Perkukuh Komitmen Sarawak Bangun Ekosistem Hidrogen Hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persidangan Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026 memberikan gambaran jelas hala tuju strategik Sarawak serta komitmennya dalam menterjemahkan dasar peralihan tenaga kepada hasil yang nyata.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni berkata, tema persidangan iaitu ‘Memperkasa Masa Depan: Merealisasikan Ekosistem Hidrogen yang Berdaya Tahan’ menggambarkan cita-cita tersebut dengan jelas.

“Tema ini mengingatkan kita bahawa masa depan tenaga mesti dibina atas sistem yang bersepadu, fleksibel dan mampu memberikan impak sebenar melangkaui perbincangan dasar.

“Hidrogen perlu dibangunkan sebagai sebahagian daripada ekosistem lengkap dan berdaya tahan yang mengintegrasikan pengeluaran, infrastruktur, peraturan dan aplikasi penggunaan akhir secara tersusun dan mampan,” katanya.

Dr Hazland bersama-sama yang lain merakamkan gambar semasa mengadakan sidang media persidangan dan pameran APGH 2026 di Bilik Media DUN.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026 di Bilik Media DUN, di sini, hari ini.

Tambahnya, Sarawak komited untuk menjadi sebahagian daripada peralihan global ini dan berhasrat untuk memimpin pembangunan sektor tersebut di rantau ini.

“Dengan sumber tenaga hidro boleh diperbaharui yang melimpah, lokasi strategik dalam ASEAN dan hala tuju dasar yang kukuh, kita berada pada kedudukan yang baik untuk membangunkan ekonomi hidrogen hijau yang kompetitif.

“Kita kini sedang memajukan inisiatif dalam pengeluaran hidrogen, aplikasi mobiliti, pembangunan infrastruktur dan kerjasama strategik yang akan menjadi tulang belakang kepada ekosistem hidrogen jangka panjang.

“Pada masa yang sama, kita juga mengiktiraf bahawa tiada satu negara atau wilayah mampu membangunkan ekonomi hidrogen secara bersendirian tetapi memerlukan kerjasama serantau dan antarabangsa,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa rantau Asia Pasifik mempunyai potensi untuk menjadi hab global bagi pengeluaran dan perdagangan hidrogen.

“Namun, memerlukan kerjasama kukuh dalam bidang seperti penyelarasan peraturan, pembangunan teknologi, pemudahcaraan pelaburan dan piawaian keselamatan.

“Ekosistem hidrogen yang berdaya tahan ialah ekosistem yang dibina atas kepercayaan, kebolehoperasian dan kemajuan bersama merentas sempadan,” katanya.

Sementara itu, Persidangan Hidrogen Hijau Asia Pasifik akan berlangsung dari 9 hingga 11 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) menampilkan lebih 30 penceramah dari dalam dan luar negara untuk berkongsi mengenai isu berkaitan.

“Persidangan ini akan menjadi platform penting sebagai sesi pertukaran ilmu dan dialog strategik,” katanya.

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai