Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak luar biasa Negara-Negara Arab-Islam pada Sabtu bagi membincangkan situasi di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
“Susulan situasi yang meruncing di Gaza, kerajaan memutuskan untuk mengadakan Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab-Islam di Riyadh pada Sabtu.
“Ia bagi menggantikan sidang kemuncak tergempar negara-negara Arab dan sidang kemuncak tergempar Islam yang dijadualkan pada tarikh yang sama,” menurut Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan.
Kementerian itu menjelaskan bahawa keputusan untuk mengadakan sidang kemuncak Arab-Islam itu sebagai usaha menyatukan dan menyatakan pendirian bersama negara Arab-Islam tentang situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini di Gaza dan wilayah Palestin.






