ARTIKEL

Foto Kredit: FB JOHOR Southern Tigers

Arif Aiman pegang gelaran ‘Pemain Paling Bernilai’ tiga kali berturut-turut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Reputasi penyerang muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi, ternyata sukar digugat apabila mencipta hatrik gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23), malam ini.

Bintang muda berusia 21 tahun itu mempertahankan gelaran itu buat kali ketiga berturut-turut selepas menampilkan prestasi cemerlang sepanjang musim bersama JDT.

Lebih manis, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu turut menyapu bersih empat lagi gelaran iaitu Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik dan anugerah Gol Terbaik yang dicipta pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Perak FC.

Beliau turut berkongsi kemenangan Anugerah Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super bersama penyerang Selangor, Mohd Faisal Abdul Halim dengan keseluruhan 12 jaringan sepanjang musim.

Sementara itu, seperti yang dijangka juara 10 kali berturut-turut Liga Super, JDT memenangi anugerah Pasukan Terbaik selain pemainnya turut menggondol tiga lagi anugerah malam ini.

Antara anugerah lain yang diraih pemain Harimau Selatan itu adalah Ahmad Syihan Hazmi merangkul anugerah Penjaga Gol Terbaik manakala Muhammad Afiq Fazail menyambar gelaran Pemain Tengah Terbaik selain Bergson Da Silva memenangi anugerah Pemain Import Terbaik.

Terengganu FC berjaya memenangi anugerah Fair Play sementara pemain tengahnya Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menjadi Pemain Terbaik selain pertahanannya Muhammad Azam Azmi Murad meraih anugerah Pertahanan Terbaik.

Bagi anugerah Jurulatih Terbaik telah menjadi milik bekas jurulatih Selangor FC Tan Cheng Hoe selain penyerangnya Ayron Del Valle memegang gelaran Penjaring Terbaik Liga Super.

Selain itu, penyerang Kedah Darul Aman FC Ebenezer Kofi Assifuah-Inkoom meraih gelaran Penjaring Terbanyak Piala MFL dengan meledak keseluruhan 16 jaringan pada musim lepas.

Senarai Pemenang ABK23:

Pemain Paling Bernilai (MVP) – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Jurulatih Terbaik – Tan Cheng Hoe (Selangor)
Penjaga Gol Terbaik – Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (JDT)
Pertahanan Terbaik – Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT)
Penyerang Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Pemain Import Terbaik – Bergson Da Silva (JDT)
Pemain Muda Terbaik – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 – Arif Aiman Hanapi (JDT)
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Arif Aiman Hanapi (JDT)/Faisal Abdul Halim (Selangor)
Penjaring Terbanyak Liga Super – Ayron Del Valle (Selangor)
Pasukan Terbaik – JDT
Anugerah Fair Play – Terengganu FC
Anugerah Pemain Terbaik Piala MFL – Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC)
Penjaring Terbanyak Piala MFL – Ebenezer Assifuah (KDA B)

Anugerah Fan XI pilihan peminat bola sepak tanah air:
Jurulatih: Tan Cheng Hoe
Penjaga gol: Ahmad Syihan (JDT)
Pertahanan: Muhammad Azam Azmi, Jordi Amat (JDT), Shahrul Nizam (Terengganu), La’Vere Corbin-Ong (JDT).

Pemain tengah: Manuel Hidalgo (Kedah), Muhammad Afiq, Park Tae-su (Sabah)
Penyerang: Arif Aiman (JDT), Bergson, Ayron (JDT). — BERNAMA

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah