ARTIKEL

ART bakal jalani latihan POC di Sarawak tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) pertama yang bakal tiba di Sarawak pertengahan tahun ini akan menjalani Latihan Pengesahan Konsep (POC) di Lebuh Raya Kota Samarahan.

Demikian dedah Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz yang berkata ART berkuasa hidrogen tersebut akan mengambil masa kira-kira satu tahun lebih untuk diuji di lebuh raya berkenaan.

“Kita mempunyai satu ART yang telah siap di China dan akan dibawa masuk ke Sarawak pertengahan tahun ini untuk diuji selama setahun lebih. 

“Kita akan menguji kenderaan ini di depo jalan Samarahan nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan tiga unit kereta jenama Toyota Mirai kepada Timbalan Premier Sarawak, di pekarangan Wisma Bapa, hari ini.

Tambah Aziz, setakat ini hanya satu ART yang telah siap dan SEDC komited untuk membawa lebih banyak ART tahun hadapan.

“Tahun depan, kemungkinan kita akan membawa masuk tiga atau empat unit ART ke Sarawak. Dengan itu, ia sekali gus membolehkan Sarawak memulakan operasi komersial pada penghujung tahun 2025,” ujarnya.

Mengulas mengenai pengangkutan awam yang ada di Sarawak selain ART, Aziz menyatakan bahawa SEDC juga merancang untuk menambah lagi pengangkutan awam yang menggunakan hidrogen seperti bas.

“Ya, memang kita akan mempunyai ART dan juga bas yang menggunakan hidrogen, ini boleh digunakan oleh orang awam nanti,” tambahnya.

Bagi laluan yang bakal digunakan ART di Kota Samarahan, ia adalah Depo Rembus, merupakan depo Transit Aliran Autonomi (ART) di Kota Samarahan.

Untuk rekod, Kenderaan ART sedang menjalani Fasa 1 POC di Zhuzhou, China, yang akan berterusan sehingga bulan Mac.

Prototaip kenderaan ART ini berukuran 30.2 meter panjang, 2.65 meter lebar dan 3.7 meter tinggi dan boleh mencapai kelajuan sehingga 70 kilometer sejam dengan kapasiti memuatkan 241 penumpang. 

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU