SEREMBAN: DAP Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung hantaran media sosial yang didakwa mengaitkan parti itu dengan krisis negeri dan institusi diraja.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J. Arul Kumar berkata hantaran akaun Facebook Khalide Al Walid mendakwa Yang Dipertuan Besar mempunyai kaitan dengan DAP serta isu tanah adat.
Beliau menyifatkan dakwaan itu serius kerana membabitkan institusi diraja yang sepatutnya bebas daripada politik.
Arul berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk mengenal pasti pemilik akaun dan menjalankan siasatan sewajarnya seperti dilapor Bernama.
Beliau turut menafikan dakwaan berkaitan tanah adat, kehadiran wakil rakyat pada taklimat agama dan pertukaran nama jalan yang merupakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.



