ARTIKEL

Asfia serah notis pembubaran DUN kepada Pengerusi SPR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Surat notis mengenai pembubaran DUN Sarawak diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, surat bertarikh 27 Oktober itu dihantar kepada Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

“Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi SPR bahawa DUN telah dibubarkan pada 26 Oktober dan surat bertarikh hari ini, 27 Oktober telah dihantar kepada beliau.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar memegang surat notis pengisytiharan pembubaran DUN selepas mengadakan sidang media khas di Bilik Media DUN. | Foto: RAMIDI SUBARI

“Penyerahan notis ini membolehkan SPR mengambil tindakan yang perlu termasuk pengumuman tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi PRU Sarawak yang akan datang,” katanya ketika mengadakan sidang media khas di Bilik Media DUN di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Surat Cara Pengisytiharan Pembubaran DUN ditandatangani oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada 23 Oktober, susulan persetujuan supaya DUN dibubarkan berkuat kuasa pada 26 Oktober.

Katanya, pembubaran itu dilaksanakan selaras dengan Perkara 21(2) Perlembagaan Sarawak yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertua Negeri untuk menangguhkan atau membubarkan DUN.

Menurut Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri, pilihan raya negeri mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran, manakala persidangan pertama DUN yang baharu mesti diadakan dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran.

Tambahnya, pelaksanaan pilihan raya terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa SPR yang akan menentukan tarikh penamaan calon, pengundian dan tarikh lain berkaitan pilihan raya selaras dengan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

“SPR mempunyai kuasa untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian, serta mengendalikan pilihan raya,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Asfia memberitahu PRU Sarawak ke-13 hanya melibatkan 82 kawasan pilihan raya sedia ada kerana 17 kerusi tambahan yang diluluskan oleh DUN pada 7 Julai 2025 belum dapat digunakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU