ARTIKEL

AUG 2024: Kem badminton negara sumbang dua pingat emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SURABAYA: Skuad badminton negara menyumbang dua pingat emas buat kontinjen Malaysia di Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 yang berlangsung di Malang semalam. 

Emas berkenaan hadir menerusi beregu campuran negara Wee Yee Hern-Ng Qi Xuan yang menumpaskan gandingan tuan rumah Elgiffani Muhamad Juan-Jovita Elizabeth 21-17, 21-11 pada perlawanan final yang berlangsung di Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Malang. 

Emas kedua disumbangkan beregu lelaki negara Wong Tien Ci-Liew Xun selepas menumbangkan pilihan pertama kejohanan dari Indonesia Elgiffani-Purnama Reza Dwicahya 21-19, 21-10 dalam satu lagi aksi final semalam. 

Berbeza pula nasib perseorangan lelaki negara Hooi Shao Herng yang gagal menyaingi saingan Pusri Nachakorn dari Thailand sebelum tewas 10-21, 11-21 untuk membawa pulang pingat perak. 

Beregu wanita negara Valeree Siow Zi Xuan-Lee Xin Jie juga terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas ditundukkan gandingan Thailand Atitaya Povanon-Chasinee Korepap 12-21, 13-21.

Malaysia turut meraih gangsa menerusi acara perseorangan wanita N. Saranya yang menewaskan rakan senegara Ung Yi Xing 21-10, 21-10. 

Sementara itu, Ketua Jurulatih negara Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek berkata keseluruhan pingat yang diraih hari ini hasil kesungguhan dan komitmen yang ditampilkan atlet negara sepanjang kempen badminton berlangsung. 

“Kita memperoleh dua emas, dua perak dan satu gangsa pada hari terakhir dengan jumlah keseluruhan pungutan pingat sepanjang kejohanan ialah dua emas, tiga perak dan dua gangsa. 

“Pemain telah memberikan komitmen dan semangat juang yang tinggi untuk edisi AUG kali ini,” katanya kepada pemberita semalam. 

Sabtu lepas skuad badminton berpasukan wanita meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand 0-3 di aksi final, manakala berpasukan lelaki negara menumpaskan Singapura 3-0 pada penentuan pingat gangsa. — BERNAMA

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah