ARTIKEL

Awasi risiko ancaman siber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HASRAT seorang ejen hartanah dari Padawan memperoleh bayaran lumayan melalui kerja sambilan dalam talian tidak kesampaian selepas menanggung kerugian RM400,000. Beliau hanya untung RM15,985 pada dua minggu pertama sahaja. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat perlu lebih bijak menilai sesuatu yang dikongsikan secara dalam talian khususnya, sama ada ia boleh dipercayai atau tidak.

Lebih-lebih lagi mereka yang berusia, berisiko tinggi untuk ditipu kerana kurang pengetahuan terhadap penggunaan teknologi.

Disebabkan itu, mereka lebih mudah terpedaya. Kita sering mendengar bahawa semuanya terletak di hujung jari, namun ia bukan hanya untuk perkara yang positif dan bermanfaat sahaja.

Tetapi, juga boleh dimanfaatkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Melihat kepada kegiatan jenayah tipu daya pada zaman ini, ia sangat tidak terkawal dan berjaya mencuri duit sehingga ribuan ringgit, malah mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit.

Dengan sikap yang tidak berhati perut ini, mereka (scammer) ini telah menyebabkan simpanan masyarakat terjejas, terutama sekali bagi mereka yang berpendapatan ala kadar. 

Walaupun baki yang tinggal dalam akaun bank hanyalah RM50, individu yang menipu ini tetap mencuri wang tersebut tanpa rasa belas kasihan terhadap mangsa.

Oleh itu, penting untuk masyarakat didedahkan dengan lebih kerap dan ditekankan tentang kes-kes penipuan seumpama ini agar lebih ramai yang menyedari realiti yang berlaku pada masa sekarang.

Jika tidak diuar-uarkan secara besar-besaran, diyakini lebih ramai mangsa ditipu oleh pengamal kerja yang tidak bertanggungjawab ini.

Dalam pada itu, orang ramai perlu bersikap lebih curiga dan sentiasa berwaspada dengan kegiatan scam yang berlaku hampir setiap hari ini. Menerusi panggilan telefon, dan kini secara dalam talian.

Setiap pagi, ada sahaja panggilan daripada pihakpihak yang mendakwa diri mereka sebagai kakitangan dari mahkamah, pejabat polis dan sebagainya.

Manakala yang terkini, panggilan daripada pihak perkhidmatan penghantar barang. Tidak kira tua atau muda, sesiapa sahaja boleh tertipu.

Oleh itu, apabila mendapat panggilan mencurigakan daripada nombor yang tidak dikenali, cuba untuk bertenang dan bertindak secara rasional. Lebih baik berprasangka buruk terlebih dahulu daripada sendiri putih mata kemudian hari. 

Apabila menggunakan Internet, masyarakat sebenarnya terdedah kepada risiko ancaman siber dalam talian. 

Malah, ia tidak terhad kepada portal bank atau urus niaga dalam talian walaupun semua aplikasi perbankan mempunyai tetapan keselamatan, di samping sistem keselamatan yang dibangunkan oleh pengeluar aplikasi dan telefon pintar. Keselamatan pengguna itu tidak 100 peratus terjamin setiap kali menggunakan internet.

Hal ini kerana, virus dan malware dalam aplikasi boleh mencuri maklumat daripada telefon pintar pengguna. Beliau turut memberi jaminan bahawa sistem keselamatan yang digunakan oleh insitusi kewangan termasuk bank selamat kerana mempunyai sistem keselamatan siber yang terkini bagi memantau trend ancaman dan serangan siber.

Oleh itu, kita juga dinasihatkan agar tidak menerima atau menekan sebarang pautan yang dikongsikan dalam media sosial atau platform WhatsApp dan sebagainya kerana ia berkemungkinan mengandungi virus atau malware bahaya. Justeru, pihak berkaitan sangat dialu-alukan untuk membuat kempen pendedahan kepada masyarakat bagi memberi kesedaran secara besar-besaran bagi mengelakkan kejadian scam secara panggilan dan pautan dapat dielakkan.

Yang pasti, orang ramai jangan mudah panik dan sentiasa berwaspada dengan muslihat penipuan dalam talian. Orang ramai perlu ambil tahu tentang kewujudan kes penipuan seperti ini dan jangan ambil ringan bahawa anda tidak akan ditipu. Hal ini kerana, masih ramai masyarakat di luar sana sambil lewa dan yakin bahawa dirinya tidak akan ditipu, sebaliknya tetap berjaya ditipu oleh mulihat dan tipu daya scammer.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk