»PENYANYI, Ayu Ting Ting nampaknya menikmati kehidupan sebagai ibu tunggal dan membesarkan anak bersama-sama ibu bapanya.
Bagaimanapun, jauh di sudut hati Ayu, dia masih ada keinginan untuk memiliki suami. Perkara itu disampaikannya menerusi bual biacara bersamasama Wendi Cagur.
Menurut Ayu, dia tidak kisah untuk meninggalkan dunia hiburan asalkan lelaki tersebut dapat menyara keluarga besarnya termasuk ibu bapanya. Ini kerana, Ayu sehingga kini masih menjadi tulang belakang keluarga yang mempunyai banyak keperluan.
“Kalau ajak kahwin dan suruh berhenti kerja, saya fi kirkan dulu. Sebab di belakang saya ramai yang menjadi tanggungan. “Kalau awak (bakal suami) boleh sediakan semua itu, saya tidak kisah untuk berhenti (dunia hiburan),” ujar Ayu menerusi saluran YouTube Wendi Cagur, baru-baru ini.



