ARTIKEL

Azhar Sulaiman mohon Perhilitan pindah monyet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON Azhar Sulaiman meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Wilayah Persekutuan supaya mengambil tindakan segera terhadap kehadiran sekumpulan monyet liar yang sering berkeliaran di kawasan rumahnya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Azhar memohon supaya haiwan berkenaan dapat dipindahkan ke kawasan hutan yang lebih luas dan selamat berhampiran Terowong Penchala, memandangkan habitat semula jadi mereka kini semakin terhimpit akibat pembangunan.

“Kepada Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan, jemputlah datang ke Kampung Sungai Penchala untuk memindahkan ‘kawankawan’ saya ke hutan di atas Terowong Penchala kerana kawasan di sana lebih luas.

“Hutan di sini sudah menjadi sekangkang kera, jadi tolonglah bawa mereka ke sana,” katanya.

Menurut Azhar, permintaannya itu bukan bertujuan menghalau atau menyingkirkan haiwan liar tersebut, sebaliknya lahir daripada keprihatinannya terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup monyet-monyet itu yang kini kekurangan sumber makanan serta air bersih.

“Kami mahu mereka dipindahkan bukan kerana tidak suka mereka datang mandimanda di kolam renang, tetapi lebih risau tentang makanan dan minuman mereka yang semakin berkurangan di kawasan ini.

“Sumpah, tiada kena-mengena dengan mereka yang berpesta di kolam renang kami tanpa izin,” katanya berseloroh.

Azhar, yang tinggal di kawasan perkampungan tradisional Sungai Penchala, turut menegaskan bahawa kehadiran haiwan liar ke kawasan kediaman manusia menunjukkan kesan pembangunan terhadap alam sekitar yang semakin menekan ruang hidup spesies tersebut.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat turun padang menilai keadaan sebenar dan mengambil langkah sewajarnya supaya keseimbangan antara pembangunan dan perlindungan hidupan liar dapat dikekalkan.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU