ARTIKEL

Bernama

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua, Pearly-Thinaah terkandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 dengan baik apabila melangkah ke pusingan kedua di Ningbo, China semalam.

Pada perlawanan berlangsung di Ningbo Olympic Sports Centre Gymnasium, pilihan keenam kejohanan itu memerlukan 40 minit untuk mengetepikan Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-18, 21-15.

Gandingan juara dunia 2022 itu dijadualkan berdepan wakil India, Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi yang telah menyingkirkan Madhuka Dulanjana-Lahiru Weerasinghe dari Sri Lanka 21-3, 21-12.

Nasib berbeza buat beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah apabila terpaksa akur dengan kekalahan ketiga mereka kepada pasangan Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong 19-21, 26-28 dalam 58 minit pertarungan.

Sementara itu, perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong ditunjukkan jalan keluar oleh juara dunia dari Thailand Kunlavut Vitidsarn 9-21, 12-21.

Pemain berusia 24 tahun itu kembali beraksi di pentas kompetitif selepas berehat panjang sejak Februari tahun lepas susulan kecederaan belakang dialaminya.

Harapan Malaysia kini terarah kepada seorang lagi perseorangan lelaki Justin Hoh yang mempamerkan aksi memberangsangkan sebelum mengetepikan wakil Korea Selatan Hyeok Jin Jeon.

Justin yang tewas 14-21 pada set pertama, bangkit untuk mendominasi set kedua 22-20 sebelum menoktahkan 79 minit perlawanan dengan kemenangan 21-16 pada set penentuan.

Satu lagi tugas berat menanti pemain berusia 21 tahun itu apabila dijadualkan berdepan juara bertahan yang juga pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie yang menewaskan Koki Watanabe dari Jepun 16-21, 21-12, 21-18.

Seorang lagi wakil negara Leong Jun Hao juga terpaksa melupakan kempen BAC apabila tewas kepada wakil Taiwan, Lin Chun Yi 11-21, 19-21. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah