ARTIKEL

Baik pulih paip bocor, beberapa kawasan di sepanjang Jalan Kuching-Serian dijangka terjejas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa kawasan di sepanjang Jalan Kuching-Serian dijangka mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air dari jam 9 pagi hingga 5 petang, hari ini.

Lembaga Air Kuching menerusi satu kenyataan, berkata antara kawasan terjejas ialah Batu 10, Batu 11, Batu 12, Batu 13, Taman Bengoh, Greenland Villa dan di sekitarnya.

“Punca gangguan disebabkan oleh kerja membaik pulih kebocoran saluran utama paip di Jalan Kuap, Jalan Kuching-Serian,” katanya.

LAK menambah lori tangki akan digerakkan untuk membekal air kepada penduduk terjejas.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU