ARTIKEL

Kredit: Laman Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM

BAM nasihat orang ramai semak kesahihan program latihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan memastikan kesahihan program latihan sebelum menyertainya, susulan laporan mengenai beberapa kelab yang didakwa membuat tuntutan palsu kononnya mempunyai kaitan dengan badan induk itu.

Dalam kenyataan semalam, BAM memaklumkan ibu bapa perlu mengesahkan sebarang dakwaan hubungan rasmi sebelum mendaftarkan anak-anak atau membuat sebarang pembayaran kepada pihak terbabit.

“BAM dimaklumkan mengenai beberapa program latihan dan kelab badminton yang mendakwa atau memberi gambaran mempunyai kaitan dengan BAM.

“BAM ingin menegaskan bahawa program dan kelab berkenaan tidak bergabung, tidak disokong serta tidak dibenarkan oleh BAM,” menurut kenyataan itu.

BAM turut menasihati mana-mana pihak yang didapati memalsukan afiliasi dengan BAM atau menggunakan logo badan itu tanpa kebenaran supaya segera menghentikan dakwaan atau penggunaan berkenaan.
“BAM memandang serius penyalahgunaan nama dan reputasinya serta berhak mengambil tindakan sewajarnya jika perlu.

“Bagi pengesahan program rasmi BAM, orang ramai boleh merujuk saluran komunikasi rasmi BAM,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk