ARTIKEL

Bapa didakwa bunuh bayi lelaki berusia enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH:Seorang pembantu perubatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas.

Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, penjawat awam itu didakwa membunuh Muhammad Zakir Asyraf yang berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fairpark di sini kira-kira 10 malam, 17 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jesseca kemudian menetapkan 12 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU