ARTIKEL

Foto JBPM

Bas langgar palang had tinggi, tujuh cedera ringan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Tujuh individu termasuk pemandu cedera ringan selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terlanggar palang had ketinggian dalam kejadian di Jalan Arab Malaysian, Nilai malam ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Azmi Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan empat lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an itu kira-kira jam 10.30 malam.

Foto JBPM

“Bas yang membawa 19 penumpang terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Melaka.

“Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di Zon Hijau Hospital Serdang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata, kerja penyelamatan membabitkan sembilan anggota sedang dijalankan ketika ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan