ARTIKEL

Basikal lajak memang haram, kata TPM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: ‘Basikal Lajak’ iaitu basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan situasi bahaya, sememangnya haram berada di atas jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Basikal Lajak ni memang tiada brek, itu dah memang salah, sebarang kenderaan yang mempunyai masalah brek memang haram berada di atas jalan raya, jadi tak perlu nak haram-haram lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bengkel Usahawan Muda Parlimen Pandan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan media mengenai cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mengharamkan secara menyeluruh aktiviti basikal lajak yang menjadi trend remaja masa kini.

Basikal Lajak kembali menjadi tumpuan berikutan keputusan mahkamah membebaskan dan melepaskan seorang jurujual daripada pertuduhan menyebabkan kematian lapan kanak-kanak yang sedang berbasikal lajak pada 2017.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ibu bapa seharusnya bertanggungjawab memantau keberadaan anak-anak agar tragedi seperti itu tidak berulang.

Terdahulu, berucap merasmikan program itu, Dr Wan Azizah berkata usahawan perlu mampu mengambil risiko perniagaan dan mengurus risiko itu dengan betul.

Pada masa sama, golongan itu perlu mengurangkan rasa takut pada kegagalan dan berdisiplin.

“Satu cara untuk memastikan disiplin ini ialah dengan usahawan dibayar gaji bulanan oleh perniagaannya sendiri. Ini disiplin yang amat penting supaya kita tidak menyalahgunakan modal yang diperuntukkan untuk perniagaan, walaupun itu berupa perniagaan kita sendiri,” katanya.

Pada majlis sama Dr Wan Azizah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kit Simulasi Usahawan Muda Pandan.

Pertandingan itu disertai 100 pelajar dari lima sekolah menengah dari Parlimen Pandan. Pada pertandingan itu, pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan menyelesaikan masalah perniagaan menggunakan Kit Simulasi Usahawan yang direka untuk memudahkan usahawan membuat keputusan perniagaan mereka.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan