ARTIKEL

Pengamal media veteran iaitu bekas penyelaras TV3 Sarawak, Basri Mohamad menerima Anugerah Tokoh Khas semasa Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak 2025. Foto TVS

Basri Mohamad terima Anugerah Tokoh Khas Sarawak 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas Penyelaras TV3 Sarawak, Basri Mohamad menerima Anugerah Tokoh Khas sempena Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak 2025 sebagai pengiktirafan atas sumbangan cemerlang beliau dalam dunia kewartawanan, baik di peringkat negeri mahupun nasional.

Basri yang juga wartawan video pertama TV3 di Sarawak memainkan peranan penting dalam memperluas liputan stesen televisyen swasta itu di Bumi Kenyalang.

Sepanjang kerjayanya, beliau menjadi penghubung utama antara Sarawak dan Semenanjung, mengetengahkan pelbagai kisah budaya, tradisi tempatan serta insiden besar termasuk tragedi tanah runtuh di Simunjan pada 2002 yang meragut 16 nyawa.

Ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 dan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 di sini malam tadi, Basri menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan yang diterima.

“Anugerah ini satu suntikan semangat untuk semua pengamal media supaya terus menyampaikan maklumat secara telus dan beretika.

“Kita mesti jujur dalam tugasan, jangan mereka-reka cerita. Kerja dengan bersungguh-sungguh dan jangan berkira. Dan kalau boleh, berkawanlah dengan semua orang tidak kira polis, bomba, rakan media supaya kita mudah dapat maklumat,” katanya. – TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan