ARTIKEL

freepik.com

Bawa anak melancong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HARI ini, bermulalah cuti akhir persekolahan sesi 2023- 2024.

Apa perancangan untuk anak-anak? Membawa anakanak pergi melancong atau hanya berehat di rumah?

Sepanjang tempoh curi selama sebulan ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang.

Bagaimanapun, ada sesetengah ibu bapa tidak dapat bercuti lama disebabkan bekerja.

Oleh itu, apa aktiviti yang sesuai dilakukan bersama-sama anak-anak dalam tempoh singkat?

Sebenarnya banyak cara atau aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama anakanak.

Paling utama, ibu bapa boleh menghabiskan masa berkualiti dengan mereka.

Aktiviti pertama yang wajar dipertimbangkan ialah membawa anak-anak pergi melancong.

Kebanyakan antara kita menggunakan masa lapang hujung minggu untuk melancong ke kawasan peranginan seperti pantai untuk berkelah atau bermandimanda.

Namun kali ini, rancang percutian di tempat lain atau baharu pula.

Cuti sekolah merupakan hari rehat untuk anak-anak selepas bersekolah, maka ibu bapa harus merebut peluang ini untuk bercuti, kerana kesibukan di tempat kerja kadangkala membuatkan kita lupa meluangkan masa untuk diri sendiri.

Hakikatnya, selepas penat bekerja ataupun belajar, kita sememangnya memerlukan masa untuk berehat.

Tinggalkan seketika rutin harian biasa dan bebanan kerja yang diulang-ulang saban hari.

Jika ibu bapa tertekan dengan kerja harian, anak-anak juga tertekan dengan kehidupan sebagai pelajar.

Jadi, percutian keluarga adalah cara terbaik untuk melupakan kerja, sekolah dan tekanan di rumah dan hanya bersenang-lenang.

Tiada yang lebih bernilai selain kenangan bersama-sama ahli keluarga tersayang.

Melihat beberapa kajian Psychology Today, Daily Worth, dan The Telegraph, mereka menyokong bahawa pengalaman melancong serta masa yang diluangkan bersama-sama keluarga adalah lebih berbaloi berbanding permainan yang diberikan kepada anak-anak.

Memetik ahli psikologi, Oliver James dalam The Telegraph, percutian keluarga dinilai sebagai sesuatu yang menyeronokkan kepada kanak-kanak.

Malah, mereka mendapati memori ini akan tersimpan buat masa yang lama.

Aktiviti menyeronokkan Pendek kata, terdapat banyak aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan bersama-sama anakanak.

Paling penting adalah jenis yang mudah untuk dilaksanakan di dalam rumah atau luar rumah.

Sekiranya anda tidak dapat membawa anak-anak pergi melancong disebabkan kekangan kerja atau bajet tidak mencukupi, anda boleh mengadakan lawatan ke muzium, zoo, taman haiwan, pusat sains dan sebagainya.

Berdasarkan dapatan, lawatan ke tempat sedemikian boleh memberi pengetahuan, membentangkan peluang yang sangat baik untuk menggabungkan keseronokan dengan pendidikan.

Tempat tersebut pada kebiasaannya menyediakan pameran interaktif yang direka khusus untuk kanak-kanak, yang dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik terutamanya pada cuti sekolah.

Contohnya melawat Muzium Budaya Borneo (BCM) pada musim cuti sekolah, sangat sesuai.

Selain melihat ratusan artifak bersejarah di galeri lima tingkat, ia juga menyediakan ruang untuk kanakkanak dan galeri seni dan kraf tangan yang boleh menarik minat anak-anak.

Untuk makluman, muzium setinggi lima tingkat ini mempamerkan objek sejarah semula jadi, bahan arkeologi dan budaya secara bertema.

Bangunan muzium ini juga direka bentuk bagi penerapan kemajuan digital, menampilkan pameran interaktif sambil memastikannya sentiasa dikemas kini ketika kemajuan global terus berkembang.

Kesimpulannya, cuti sekolah merupakan saat yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar dan mereka tidak sabar menantikannya.

Ia adalah waktu untuk bersenangsenang tanpa memikirkan tugasan sekolah atau kelas. 

Semasa cuti sekolah, ia menjadi masa untuk pelajar mengisi aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan boleh menaikkan lagi kemahiran dan keseronokan anda.

BERITA LAIN

Puasa pupuk kesabaran

KETIKA matahari terik di atas kepala sambil memancarkan sinarnya, ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan letih akibat panas yang tidak terhingga.  Apatah lagi menjelang

Budak tinggi gula dalam darah

MASIH ramai yang kurang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah atau lebih dikenali sebagai diabetes. Lebih-lebih lagi apabila

Sarawak tumpuan biologi dunia

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian biologi hutan yang unik sehingga dikenali sebagai salah satu titik utama biologi dunia. Ia juga penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di

Tempat paling mahal didiami

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain. Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain. Di bahagian tempat tinggal

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)