ARTIKEL

Bayi maut tercampak ke dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seramai 11 individu termasuk mangsa yang terselamat bersama ibu bapa masing-masing, telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata polis juga akan mengambil keterangan daripada pihak yang melakukan usaha menyelamat mangsa, pada malam tersebut.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu dan akan memanggil mana-mana saksi yang diperlukan.

“Siasatan akan dilaksanakan secara telus meliputi pelbagai aspek kerana sekiranya wujud unsur pengabaian, tindakan seterusnya boleh diambil,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu