ARTIKEL

BEFR pemangkin pembangunan pelancongan dan komuniti setempat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pengiktirafan Platinum menerusi Program Jaminan Kualiti Pelancongan Malaysia (MyTQA) yang diterima Borneo Empurau Farm & Resort (BEFR) bukan sahaja mengiktiraf kualiti produk pelancongan itu, malah mencerminkan potensinya sebagai pemangkin pembangunan komuniti setempat.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, BEFR bukan sekadar menawarkan kemudahan penginapan dan rekreasi, sebaliknya turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk sekitar.

Katanya, beliau berbangga dengan pencapaian BEFR yang menjadi satu-satunya produk pelancongan di Sarawak menerima pengiktirafan berkenaan.

“Perkara yang baik adalah ia memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan penyertaan dalam perniagaan.

“Tempat ini juga bukan sekadar pusat peranginan, ia juga menjalankan penyelidikan berkaitan perikanan, taman agro serta tumbuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Simbolik Kit Sains Sarawak (KITSS) dan Kem Matematik STEM di BEFR di sini, hari ini.

Sagah yang juga penyandang kerusi DUN Tarat berkata, BEFR juga mempunyai aspirasi untuk menjadikan ikan empurau ternakan tempatan lebih mudah diakses oleh pengguna, selaras dengan slogannya, “Everyone Can Eat Empurau”.

“Akan datang, jika anda makan empurau, rasanya sama enak seperti yang anda dapat dari hulu sungai, tetapi sebenarnya ia dari Tarat,” katanya.

Pada majlis penyampaian pengiktirafan MyTQA Khamis lalu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, pencapaian BEFR membuktikan keupayaan produk pelancongan di Sarawak memenuhi standard kualiti tinggi serta menawarkan pengalaman pelancongan yang diyakini pengunjung domestik dan antarabangsa.

Setakat ini, sebanyak 116 produk pelancongan di seluruh negara menerima pengiktirafan berkenaan, termasuk 10 produk di Sarawak yang memperoleh penarafan antara Silver hingga Platinum.

Choon Man berkata, BEFR kini tergolong dalam kelompok 30 produk pelancongan di Malaysia yang menerima pengiktirafan Platinum, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara produk pelancongan berkualiti tinggi di negara ini.

BERITA LAIN

PBT penghubung penting rakyat dan kerajaan

KUCHING: Usaha membina bandar yang bersedia menghadapi masa hadapan menjadi tumpuan utama Forum Bandar Sarawak (SUF) 2.0, dengan penekanan terhadap kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT)

BERITA TERBARU

Sagah sedia pertahan kerusi DUN Tarat

SERIAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn bersedia mempertahankan kerusinya sekiranya mendapat restu Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS)