ARTIKEL

Sagah sedia pertahan kerusi DUN Tarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn bersedia mempertahankan kerusinya sekiranya mendapat restu Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak itu berkata, keputusan pencalonan semula pada pilihan raya akan datang bergantung kepada pertimbangan kepimpinan parti.

“Sekiranya presiden parti saya bersetuju. Jadi, kita akan turun berkempen,” katanya ketika ditemu bual selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Simbolik Kit Sains Sarawak (KITSS) dan Kem Matematik STEM di Borneo Empurau Farm & Resort (BEFR) di sini, hari ini.

Mengulas persiapan menghadapi pilihan raya, Sagah yang juga Naib Presiden PBB berkata, wakil rakyat GPS sentiasa turun padang dan mendekati masyarakat, bukan hanya ketika pilihan raya semakin hampir.

Katanya, wakil rakyat GPS sentiasa bersama-sama rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Mengulas kemungkinan kemunculan muka baharu yang mahu bertanding, Sagah berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi yang membenarkan sesiapa sahaja menawarkan diri sebagai calon dan mengemukakan pandangan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, rakyat berhak menilai pandangan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Roland berkata, beliau belum mengetahui tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan kerana perkara itu tertakluk kepada penetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

BERITA LAIN

PBT penghubung penting rakyat dan kerajaan

KUCHING: Usaha membina bandar yang bersedia menghadapi masa hadapan menjadi tumpuan utama Forum Bandar Sarawak (SUF) 2.0, dengan penekanan terhadap kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT)

BERITA TERBARU