ARTIKEL

Voon Lee Shan

Bekas ahli PSB dipelawa sertai PBK – Voon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan, telah mengeluarkan kenyataan berhubung pembubaran Parti Sarawak Bersatu (PBS) yang dahulu menjadi sekutunya dalam barisan pembangkang negeri.

Menurut Voon, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PBK telah menjalin kerjasama dengan PBS walaupun PBK tidak mendukung ideologi dan perjuangan PSB.

“PSB sudah dibubarkan secara rasmi dan bekas ahlinya dipelawa untuk menyertai parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Untuk menjawab pertanyaan daripada penyokong, PBK perlu menjelaskan bahawa pelawaan itu bukan bermakna ahli PBK dipelawa untuk mengikut bekas ahli PSB dan menyertai GPS atau mana-mana parti komponen GPS.

“Maka itu, PBK tiada kaitan dengan pelawaan yang dihulurkan kepada bekas ahli PSB yang sudah dibubarkan,” ujarnya dalam satu kenyataan beberapa hari lalu.

Pada pendapatnya, pembubaran PSB bermakna bekas ahli PSB bebas untuk menyertai mana-mana parti politik pilihan mereka.

“Tidak ada orang yang dapat menghalang mereka ataupun mengarahkan mereka untuk menyertai mana-mana parti politik yang bukan pilihan mereka.

Baca lain  Sokongan sektor perbankan dalam pembiayaan ESG diperlukan

“Memandangkan mereka tidak ada parti, kami menghulurkan tangan kepada bekas ahli PSB untuk menyertai PBK seandainya mereka mendukung perjuangan dan ideologi PBK dengan mengemukakan permohonan yang perlu dengan yuran khusus,” kata Voon.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU