ARTIKEL

Gambar hiasan

Belai jiwa anak-anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mengatakan bahawa seramai 424,000 kanak-kanak di negara ini dikesan mengalami isu kesihatan mental sepanjang tahun lalu.

Angka itu berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dilaksanakan oleh KKM.

Menurut KKM, trend tersebut dilihat semakin meningkat selepas pasca-COVID 19. Berdasarkan laporan itu, antara faktor ramai kanak-kanak mengalami isu kesihatan mental adalah disebabkan kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau penjaga.

Pelbagai permasalahan dilaporkan khususnya kanak-kanak dalam kalangan keluarga B40 iaitu ibu bapa terpaksa keluar bekerja dan mereka ditinggalkan di rumah bersendirian atau menjaga adikadik yang lain.

Realitinya, gangguan mental tidak mengenal usia.

Sesiapa sahaja berkemungkinan untuk mengalami gangguan mental, bukan hanya golongan dewasa.

Gangguan mental dalam kalangan kanak-kanak ini digambarkan sebagai perubahan serius dalam cara mereka mengendalikan emosi akhirnya mereka sukar menjalani kehidupan seharian.

Selain itu, persepsi ramai beranggapan masalah kesihatan mental hanya berlaku kepada orang dewasa menyebabkan kesihatan mental kanak-kanak kurang diberi perhatian.

Malah sebelum pandemik COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 10 hingga 20 peratus kanakkanak dan remaja seluruh dunia mengalami masalah kesihatan mental.

Manakala sekitar 50 peratus masalah kesihatan mental yang serius bermula pada usia 14 tahun dan berdasarkan kajian, trauma yang dialami mampu memberi kesan kepada genetik keluarga dan dapat diturunkan kepada generasi seterusnya.

Kita perlu ingat perubahan fasa kanak-kanak ke alam dewasa adalah fasa paling kritikal dalam proses perubahan fizikal, kematangan dan pengurusan emosi.

Keadaan ini, sekali gus menyaksikan golongan ini cenderung untuk berasa keliru dan rasa tersisih apabila tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Oleh itu, masyarakat terutama ibu bapa perlu lebih peka dengan faktor-faktor yang mampu memberi trauma kepada golongan kanak-kanak.

Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang harmoni dan sihat demi tumbesaran emosi mereka, begitu juga remaja.

Kesejahteraan emosi dan mental kanak-kanak adalah sama penting dengan kesihatan fizikal mereka. Kesihatan mental yang baik membantu golongan ini mengembangkan daya tahan untuk menghadapi apa-apa sahaja cabaran kehidupan.

Jadi sejak peringkat awal, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan menyediakan persekitaran penuh kasih sayang selain memberi semangat kepada anak-anak untuk tumbuh membesar dengan selamat.

Walaupun mungkin sibuk dengan pekerjaan, dalam masa yang sama ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa mengambil perhatian serta keperluan anakanak.

Tunjukkan kepada anakanak bahawa mereka juga insan paling penting dalam hidup dan sekali-sekala ambil masa untuk meluahkan perasaan serta bercakap secara terbuka demi kesihatan mental mereka.

Membeli jiwa anak-anak tidak semestinya perlu kaya harta benda tetapi masa dengan keluarga, kasih sayang dan perhatian, adalah jadi keutamaan.

Akhir sekali, penting untuk diingat bahawa menangani tekanan mental dalam kalangan kanak-kanak adlah cabaran berterusan yang kompleks, melibatkan pendekatan pelbagai aspek, termasuk individu, keluarga, sekolah dan kerajaan.

Justeru, usaha untuk menyokong kesihatan mental kanak-kanak mestilah berterusan dan disesuaikan dengan keadaan yang berubah-ubah.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan