Belia di Malaysia kini lebih berani melibatkan diri dan menjadi “orang penting’ dalam pembuatan dasar kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan menyedari ciri-ciri belia kini berubah seiring dengan kepesatan teknologi, perubahan ekonomi, sosial dan politik yang mencabar kemampuan mereka.
“Belia juga kini lebih berani, mereka mahu terlibat dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada sesebuah permasalahan,” katanya.





