ARTIKEL

Belia perlu berani suarakan idea bangun kawasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Golongan belia perlu lebih berani menyuarakan idea dan pandangan bagi membantu memajukan kawasan masing-masing, selaras dengan peranan mereka sebagai aset penting dalam pembangunan masyarakat.

Penyandang Balingian, Dr Abdul Yakub Arbi berkata golongan muda perlu diberi ruang dan peluang untuk menyumbangkan idea kerana pemikiran terbuka mereka mampu membawa perubahan positif kepada kawasan.

“Pembangunan sesebuah kawasan bukan sahaja bergantung kepada penyediaan kemudahan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, malah perlu diseimbangkan dengan pembangunan modal insan.

Yakub (empat kanan) menerima baju Program Balingian Fun Walk 2026 dan merakam kenangan bersama jawatankuasa program tersebut, malam tadi.

“Oleh itu, golongan belia tidak seharusnya menganggap usia muda sebagai penghalang untuk menyumbangkan idea, sebaliknya perlu yakin dengan kemampuan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Santai bersama Belia dan Jawatankuasa Balingian Fun Walk 2026 di MK99 Seafood Restaurant di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau menegaskan belia perlu berani dan jangan takut kerana mereka mempunyai idea dan pemikiran terbuka yang penting untuk pembangunan kawasan.

Jelasnya, belia tidak wajar dianggap tidak boleh menyumbangkan idea hanya kerana masih muda.

“Dahulu mungkin kita merasakan perkara itu sukar, tetapi sekarang golongan belia mempunyai peluang untuk memainkan peranan dalam memajukan kawasan dan masyarakat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kerjasama antara golongan belia amat penting dalam menjayakan usaha pembangunan, walaupun berlainan latar belakang.

Ujar Yakub, hasil kerjasama semua, Balingian Fun Walk 2026 mendapat penyertaan yang menggalakkan dan ia merupakan satu kejayaan membanggakan bagi Balingian Brotherhood Sport Recreation Club.

“Saya berharap Balingian Brotherhood Sport Recreation Club akan terus aktif menganjurkan program yang memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

“Pada masa sama, saya juga berharap golongan memainkan peranan serta memberikan sokongan dalam usaha membangunkan kawasan kita,” tambahnya.

BERITA LAIN

Perang siber

SERANGAN siber ke atas sistem stok dan bekalan pasar raya, sistem penyimpanan plasma darah dan infrastruktur makanan di Eropah memperlihatkan wajah baharu bentuk peperangan moden.

BERITA TERBARU