ARTIKEL

Bella setia menemani Syed Saddiq

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HARAPAN penyanyi dan pelakon Bella Astillah untuk mendengar keputusan rayuan akhir membabitkan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, masih belum kesampaian apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan kes itu kepada 13 Julai ini.

Bella yang hadir memberikan sokongan kepada Syed Saddiq di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah walaupun penangguhan itu di luar jangkaannya.

“Saya menghormati keputusan mahkamah kerana ada perkara yang tidak boleh kita jangka. Jadi, saya hormat sahaja keputusan mahkamah. Doakan yang terbaik,” katanya.

Mengulas lanjut, Bella berkata, beliau akan terus berada di sisi Syed Saddiq sepanjang tempoh menunggu keputusan rayuan yang dijadualkan diumumkan dua minggu lagi. Malah, beliau berharap tunangnya itu terus tabah menghadapi ujian berkenaan.

“Semoga tabah… insya-Allah saya sentiasa menyokong. Saya ada kerja hari ini. Selepas ini hendak pergi makan tengah hari, kemudian terus pergi kerja,” katanya sambil memaklumkan bahawa beliau mengosongkan jadual bagi menghadiri prosiding berkenaan.

Malam sebelum prosiding berlangsung, Bella menerusi hantaran di Instagram meluahkan doa agar segala urusan Syed Saddiq dipermudahkan serta berharap keputusan mahkamah memihak kepada pemimpin muda itu.

Menurut Bella, perjalanan menuntut keadilan bukan sesuatu yang mudah kerana ia menguji hati, kesabaran dan kepercayaan kepada ketentuan Allah.

Bagaimanapun, beliau percaya setiap ujian mempunyai hikmah dan setiap doa yang dipanjatkan dengan ikhlas tidak akan sia-sia.

Hantaran itu turut mendapat perhatian Syed Saddiq yang membalas dengan ucapan ringkas tetapi penuh bermakna, “Terima kasih kerana sentiasa setia di sisi,” disertakan emoji hati sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan yang diberikan Bella.

Rayuan akhir pendakwaan itu akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal dibebaskan atau diperintahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan membabitkan persubahatan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Keputusan rayuan tersebut kini dijadualkan diumumkan pada 13 Julai depan.

BERITA LAIN

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

BERITA TERBARU