ARTIKEL

Belum ada bukti pesakit COVID-19 kebal jangkitan kali kedua – Dr Noor Hisham

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum bahawa tiada bukti lagi bahawa pesakit COVID-19 yang sembuh, kebal daripada jangkitan kali kedua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata walaupun ada respons antibodi IgM (immunoglobulin M) and IgG (immunoglobulin G) ia tidak melindungi pesakit daripada jangkitan kali kedua.

“Setakat ini kita (Malaysia) tiada kes jangkitan kedua lagi tetapi antibodi tidak berkemampuan untuk melindungi mereka. Mereka masih perlu ambil langkah pencegahan dan jaga kebersihan untuk mengelakkan jangkitan kali kedua,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata demikian pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini apabila ditanya pemberita mengenai kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang tiada jaminan bagi mereka yang telah pulih daripada jangkitan dan mempunyai antibodi dalam tubuh tidak akan dijangkiti kali kedua.

WHO juga berkata pengesanan antibodi yang bertindak terhadap SARS-CoV-2, iaitu virus yang menyebabkan COVID-19, bukan bermakna ia pasport imuniti atau sijil bebas risiko yang akan membolehkan individu untuk mengembara atau kembali bekerja atas tanggapan mereka kebal terhadap jangkitan semula.

Mengenai rakyat Malaysia di luar negara yang dikesan positif COVID-19, beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada International Health Regulatory Committee di KKM untuk direkodkan.

Rakyat Malaysia juga perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan di sesebuah negara sebelum negara berkenaan membenarkan mereka pulang ke tanah air.

“Contohnya, jika positif COVID-19, mereka perlu mengikuti proses kuarantin di negara berkenaan dan negara itu juga akan memaklumkan kepada kita jika kes-kes itu pulang ke tanah air,” katanya.

Dr Noor Hisham sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa tiada anggota kesihatan yang bertugas di wad COVID-19 atau merawat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata lebih 80 peratus daripada anggota kesihatan yang dijangkiti adalah daripada komuniti seperti majlis perkahwinan dan bukannya ketika bertugas di wad COVID-19.

Jelasnya, jangkitan itu bukan kerana isu kekurangan peralatan pelindung diri (PPE) memandangkan hospital awam dan swasta sememangnya disaran memakai pelindung diri sebelum mengendalikan pesakit kerana sedar jangkitan itu daripada pesakit ‘severe acute respiratory infection’ (SARI) dan ‘influenza-like illness (ILI).– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan