ARTIKEL

Bendung keganasan rumah tangga tanggungjawab bersama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Masyarakat digesa berani melaporkan kes keganasan rumah tangga bagi memastikan mangsa mendapat perlindungan sewajarnya, tanpa membiarkan stigma dan ancaman menghalang mereka mendapatkan bantuan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, keganasan rumah tangga bukan sahaja melibatkan kecederaan fizikal, malah merangkumi penderaan emosi, ancaman serta tindakan yang menjejaskan maruah dan kesejahteraan mangsa.

Menurut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, sebanyak 65 kes dilaporkan di seluruh negeri dari Januari hingga Ogos 2026, berbanding 74 kes sepanjang 2025. Bahagian Sarikei pula merekodkan satu kes dalam tempoh sama.

Jumlah kes yang rendah tidak bermakna isu itu boleh dipandang ringan kerana masih terdapat mangsa yang takut membuat laporan akibat stigma, ancaman dan kebergantungan kepada pasangan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Program Advokasi Perundangan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bertemakan No More Silence, End Domestic Violence di sini, hari ini.

Program itu disertai 160 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum bagi meningkatkan pemahaman mengenai undang-undang, hak mangsa serta saluran mendapatkan bantuan dan perlindungan.

Len Talif berkata, pemimpin masyarakat dan Ketua Kaum berperanan sebagai penghubung antara penduduk dengan agensi berkaitan, termasuk membantu mangsa mendapatkan sokongan dan perlindungan.

Katanya, keganasan rumah tangga turut melibatkan lelaki sebagai mangsa, manakala Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) menyediakan kerangka perlindungan kepada individu yang terjejas.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak sekadar merakam atau menyebarkan kejadian penderaan di media sosial, sebaliknya segera membuat laporan polis atau menghubungi Talian Kasih 15999.

BERITA LAIN

Len Talif terbuka terima keputusan parti

SARIKEI: Datuk Len Talif Salleh terbuka menerima sebarang keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berhubung pencalonannya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang

Sokong parti yang utamakan kepentingan rakyat – Karim

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu terus menyokong parti yang mengutamakan kepentingan negeri dan mempunyai rekod perkhidmatan baik bagi memastikan kesinambungan pembangunan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)

BERITA TERBARU