ARTIKEL

Singapura Kesan 65 Aplikasi Mengandungi Kandungan Berbahaya, 24 Salah Klasifikasi Umur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Singapura mengenal pasti 65 aplikasi yang mengandungi kandungan berbahaya menerusi pemeriksaan terhadap lebih 7,000 aplikasi di semua Perkhidmatan Pengedaran Aplikasi Ditetapkan (D-ADSs), menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

D-ADSs juga dikenali sebagai gedung aplikasi yang dikendalikan penyedia platform seperti Apple App Store, Google Play Store, Huawei AppGallery, Microsoft Store dan Samsung Galaxy Store.

Dalam Laporan Penilaian Keselamatan Dalam Talian (OSAR) sulungnya mengenai D-ADSs yang dikeluarkan pada Sabtu, meliputi tempoh pelaporan dari 1 April hingga 31 Dis 2025, IMDA memaklumkan bahawa sebanyak 24 aplikasi didapati diberikan klasifikasi umur yang tidak tepat.

“Aplikasi yang sepatutnya diklasifikasikan untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas mengikut dasar klasifikasi umur masing-masing, sebaliknya diberikan klasifikasi umur yang lebih rendah.

“Aplikasi berkenaan mengandungi kandungan seksual, kandungan yang memudahkan kegiatan maksiat dan jenayah terancang serta kandungan berunsur keganasan,” menurut IMDA dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Agensi itu memaklumkan bahawa aplikasi yang dikenal pasti hanya dikeluarkan atau diberikan klasifikasi umur baharu selepas IMDA memaklumkan perkara itu kepada penyedia D-ADSs, sekali gus menunjukkan terdapat beberapa kelemahan dalam proses semakan aplikasi oleh penyedia platform berkenaan.

IMDA turut mendapati terdapat keadaan apabila pengguna berumur bawah 18 tahun tidak dihalang secara automatik daripada memuat turun aplikasi yang diklasifikasikan untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas di sesetengah D-ADSs.

“Terdapat juga ketidakselarasan dalam cara penyedia D-ADSs memaklumkan pengguna mengenai hasil laporan yang dikemukakan menerusi saluran pelaporan, sekali gus menunjukkan keperluan untuk menambah baik mekanisme pelaporan pengguna,” menurut agensi itu.

OSAR merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian dan memastikan penyedia platform bertanggungjawab menerusi pelaksanaan Kod Amalan Keselamatan Dalam Talian bagi Perkhidmatan Media Sosial dan Perkhidmatan Pengedaran Aplikasi.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Len Talif terbuka terima keputusan parti

SARIKEI: Datuk Len Talif Salleh terbuka menerima sebarang keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berhubung pencalonannya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang

Sokong parti yang utamakan kepentingan rakyat – Karim

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu terus menyokong parti yang mengutamakan kepentingan negeri dan mempunyai rekod perkhidmatan baik bagi memastikan kesinambungan pembangunan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)

BERITA TERBARU

Kuching menang bergaya ke atas Serian

PIALA PREMIER SARAWAK 2026 BALAI RINGIN: Kuching selangkah lebih hampir ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas membelasah Serian 4-0 pada aksi separuh akhir pertama