ARTIKEL

Para peserta Bengkel Penglibatan Pihak Berkepentingan Perikatan Industri Hidrogen Malaysia (MHIA) yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini

Bengkel MHIA himpun pemain utama industri hidrogen seluruh negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) telah menyertai Bengkel Penglibatan Pihak Berkepentingan Perikatan Industri Hidrogen Malaysia (MHIA) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut kenyataan daripada Sarawak Metro, bengkel yang dianjurkan oleh NanoMalaysia Berhad (NMB) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tersebut merupakan salah satu usaha menangani ‘Kekurangan Kesedaran Bekalan dan Permintaan’ dalam industri hidrogen.

Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan sektor hidrogen Malaysia dengan menghubungkan pemain tempatan merentasi rantaian nilai, mengubahnya daripada asas penyelidikan kepada pendorong inovasi.

Timbalan Pengarah Projek Metro Sarawak bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), Nor Nasyriq Shahirudin, bengkel MHIA yang julung kali diadakan itu amat bermakna terutama dalam menghimpunkan pemain utama dalam industri hidrogen dari seluruh negara.

“Bengkel ini sangat tepat pada masanya kerana industri yang agak baharu memasuki Malaysia kini berkembang pesat dan Sarawak pula memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri.

“Dari perspektif Sarawak Metro, acara bermakna ini memberi peluang kepada kami untuk melibatkan diri dengan pemain industri lain bagi membincangkan isu penting yang dihadapi industri iaitu cabaran dan langkah ke hadapan bagi industri secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, bagi projek KUTS, armada kenderaan Transit Aliran Automasi (ART) dan bas pengantara Sarawak Metro pada masa hadapan akan dikuasakan oleh hidrogen hijau yang dihasilkan oleh SEDC Energy Sdn Bhd.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU