Peniaga runcit dan pasar raya perlu beralih ke alat timbang digital untuk menggantikan pengunaan alat timbang neraca (ATN) dalam tempoh setahun.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sistem timbang digital berkenaan dilaksanakan secara berperingkat dan akan memberi masa satu tahun kepada pihak berwajib untuk mengadakan beberapa siri perbincangan.
“Mengikut laporan metrologi diperingkat antarabangsa memang kita kena akui bahawa mesin elektronik atau digital, ketepatannya tidak boleh dipertikaikan dibandingkan dengam mesin ATN,” katanya.






