ARTIKEL

Kredit: Bernama

Beras tempatan 10kg RM26 di pasaran mulai 1 Mac – KPKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) akan dijual di pasaran bermula 1 Mac ini.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Datuk Badrul Hisham Mohd berkata penjualan disasarkan kepada 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.

Beliau berkata setiap KIR dihadkan untuk membeli dua pek bagi setiap pembelian.

Badrul Hisham berkata beliau yakin bekalan mencukupi memandangkan rakyat Malaysia menggunakan sekitar 77kg beras setahun secara purata dan pengiraan itu adalah bagi mengelakkan lambakan yang akan bergerak ke arah manipulasi.

“Pasukan saya sudah mewujudkan mekanisme kawalan dan kita akan keluarkan satu arahan khusus kepada peruncit untuk hadkan pembelian,” katanya dalam sidang media khas berkenaan mekanisme pelaksanaan subsidi BPT, di sini hari ini.

Badrul Hisham berkata BPT akan disalurkan kepada 36,000 peruncit berlesen seluruh negara dan juga di Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah.

Beliau berkata penjualan akan tertumpu di kawasan miskin bandar seperti di flat dan rumah pangsa.

Badrul Hisham berkata kumpulan pertama yang akan menikmati PBT bersubsidi ialah di Jualan Agro MADANI pada Khamis ini di Kedah.

Beliau berkata sebanyak 10,000 hingga 20,000 kampit beras tempatan akan dijual sempena lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar, Kedah. — Bernama

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu