PENYANYI tempatan Sarawak, Phoebe Chloe, meluahkan rasa syukur menyambut 2026 dengan harapan agar setiap detik yang dilalui terus mengingatkan tentang keindahan hidup, disulami rasa syukur serta kenangan yang bermakna.
Menurutnya, tahun baharu membawa makna besar untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh kesedaran dan harapan.
“Semoga setiap detik mengingatkan kita betapa indahnya kehidupan, dipenuhi dengan rasa syukur dan kenangan yang berharga,” katanya.
Berkongsi mengenai azam tahun baharu, Phoebe memilih sasaran yang ringkas, namun bermakna.
“Azam tahun baharu saya ringkas sahaja, ingin menyimpan duit untuk kegunaan masa depan.
“Saya juga berharap dapat terus kekal relevan dalam industri muzik Iban dan semoga semua impian serta cita-cita pada tahun baharu ini menjadi kenyataan serta diberkati dalam segala urusan,” ujarnya.



