ARTIKEL

Berhati-hati, jangan tergesa-gesa umum calon – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Sarawak ke-13.

Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata gabungan itu masih mempunyai masa sebelum hari penamaan calon pada 28 November ini.

“Bertenang dahulu. Orang kata kita perlu berhati-hati… Jangan tergesa-gesa. Penamaan calon pada 28 November, masih ada kira-kira dua minggu lagi,” katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman calon GPS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Jentera Pilihan Raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak di Dewan Kampung Stakan Melayu, di sini, hari ini.

Abang Johari merasmikan Jentera Pilihan Raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak di Dewan Kampung Stakan Melayu, di sini, hari ini. | Foto: Ghazali Bujang

Dalam ucapannya, Abang Johari berkata PBB kekal menjadi tunjang kerajaan Sarawak di bawah GPS, dengan kekuatan parti itu didukung oleh sokongan semua lapisan masyarakat termasuk golongan muda, wanita dan warga emas.

Katanya, kekuatan sesebuah parti bukan hanya bergantung kepada sokongan rakyat, malah turut memerlukan perancangan serta dasar perjuangan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan meletakkan Sarawak pada kedudukan lebih tinggi.

Beliau berkata, kesinambungan kepimpinan PBB sejak era pemimpin terdahulu penting dalam memastikan perjuangan parti terus diperkukuh, meskipun berlaku perubahan kepimpinan mengikut perkembangan semasa.

“Walaupun pimpinan bertukar, tetapi semangatnya satu,” ujarnya.

Jelasnya, PBB turut berkongsi kekuatan dengan parti lain dalam GPS serta bersedia membantu rakan gabungan apabila berdepan masalah bagi memastikan perpaduan politik negeri terus terpelihara.

Beliau berkata, PBB sebagai tulang belakang GPS akan terus memainkan peranan dalam memastikan kemenangan gabungan itu pada pilihan raya akan datang.

“PBB tulang belakang akan memberi kemenangan kepada GPS,” katanya lagi.

GPS dianggotai empat parti komponen, iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU