ARTIKEL

Beri latihan buat bom, warga Indonesia dipenjara 20 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara 20 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersetuju memberi latihan dalam pembuatan bom bagi persediaan melakukan perbuatan pengganas terhadap Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya, di Selangor, tahun lepas.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Amru Labis, 49, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan semula kes itu.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan denda RM5,000 atau penjara lima bulan bagi tuduhan memberi latihan penyediaan bahan letupan dan penjara dua tahun untuk  tuduhan memiliki item berkaitan pengganas Daesh.

Hakim Mohamed Zaini memerintahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 7 Mei 2019.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Amru didakwa bersetuju memberi latihan dalam penyediaan bahan letupan kepada ahli kumpulan WhatsApp “sejati sejiwa” dalam persediaan untuk melakukan suatu perbuataan pengganas di G-02-12,  Jalan SM2, Taman Subang Mas, di Petaling, Selangor, pukul 6.12 petang, pada 7 Mei 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130F (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 31 gambar dan lapan video berkaitan kumpulan pengganas Daesh di dalam telefon bimbitnya di tempat, masa dan tarikh sama di bawah perenggan 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item itu.

Terdahulu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman penjara minimum dengan alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara maksimum mengambil kira keseriusan kesalahan tertuduh.

Mengikut fakta kes, sepasukan polis dari Bukit Aman telah menahan tertuduh dan hasil sisatan dalam telefon bimbitnya terdapat perbualan mengenai pembuatan bom dan perancangan melancarkan serangan terhadap Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya, Selangor.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi