
MEMBACA tajuk tulisan ini mengingatkan penulis kepada pesan Luqman al-Hakim kepada anaknya, yang pasti semua orang tahu.
Pesanan Luqman dirakamkan Allah SWT dalam al-Quran, menjadi panduan ibu bapa agar mendidik anak-anak dengan iman, ilmu dan akhlak.
Firman Allah: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya – wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar.”
(maksud Luqman: 13) Firman Allah lagi dalam surah Luqman bermaksud: Luqman menasihati anaknya dengan berkata, “wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya).
Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi.



