ARTIKEL

Bersatu tampil sembilan tunjang manifesto

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NILAI: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang menggariskan sembilan tunjang di bawah tema ‘Tawaran Bersatu Demi Nismilan’.

Manifesto itu dilancarkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan memberi penekanan kepada tadbir urus, pertumbuhan ekonomi, pembangunan sektor pelancongan serta pertanian dan perladangan.

Turut menjadi fokus ialah pendidikan, pemerkasaan belia dan wanita, keperluan warga FELDA serta usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Kesemua sembilan tunjang itu dirangka sebagai tawaran Bersatu kepada pengundi bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan ke-16.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai, manakala hari mengundi berlangsung pada 1 Ogos seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU