ARTIKEL

Gambar hiasan | freepik.com

Bertuahnya anak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DASAR pendidikan tinggi percuma yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak bermula tahun 2026 merupakan rezeki anak Sarawak.

Untuk itu, anak-anak muda perlu memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin dan berbangga kerana Sarawak bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang menawarkan peluang sedemikan rupa.

Pendidikan percuma itu bermaksud tiada sebarang yuran atau caj dikenakan kepada pelajar atau ia dibiayai sepenuhnya oleh pertubuhan dan kerajaan. 

Di peringkat global, negara seperti Jerman, Perancis, Norway, Sweden, Finland, Sweden, Austria, Denmark, Belgium, Greece, Republik Czech, Singapura, Belanda, Switzerland, Argentina dan Brazil antara yang memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya untuk belajar di peringkat pengajian tinggi.

Hasilnya, sebahagian daripada negara-negara itu menjadi negara maju dan ini yang menjadi aspirasi Sarawak mencapai negeri maju menjelang 2030. 

Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini mengumumkan bahawa pendidikan percuma dilaksanakan berdasarkan keyakinan kerajaan.

Pertimbangan itu termasuk kekuatan ekonomi yang maju dan stabil, selain rakyat Sarawak yang hidup harmoni dan bersatu padu. 

Abang Johari menegaskan bahawa semua ini dapat dilakukan sekiranya belanjawan Sarawak dapat diuruskan dengan baik serta hasilnya yang bertambah. 

Bagi memastikan aspirasi itu tercapai, Kerajaan Sarawak menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat yang sudah pun diluluskan semasa persidangan (DUN) Sarawak kali ke-18 pada November 2022.

Sekiranya pengurusan Dana Kekayaan Berdaulat itu diuruskan secara berhemah berdasarkan formula diguna pakai oleh Norway, iaitu 30 peratus daripada hasil tahunan untuk ekuiti, yang selebihnya dapat disimpan untuk menjana pendapatan Sarawak.

Dana selebihnya kelak dapat digunakan untuk membiayai pendidikan percuma di Sarawak, seterusnya memantapkan lagi ekonomi dan membangunkan infrastruktur di negeri ini. 

Kerajaan Sarawak mahu menyediakan pendidikan percuma ini bagi memastikan lebih ramai lagi anak-anak Sarawak berkelayakan dan berkemampuan berpeluang meneroka teknologi baharu untuk memacu pembangunan di negeri ini.

Sebagai permulaannya, inisiatif pendidikan percuma untuk anak jati Sarawak membabitkan beberapa universiti tempatan milik Kerajaan Sarawak seperti Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Universiti i-CATS dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Selaras dengan tumpuan ke arah ekonomi hijau, Kerajaan Sarawak menekankan betapa pentingnya bidang berasaskan sains dan sumber, serta teknikal yang dapat digunakan untuk menjana pendapatan Sarawak pada tahun-tahun akan datang.

Justeru, menerusi pendidikan percuma inilah, pelajar didedahkan dengan bidang sains dan teknikal, yang menjadi keperluan Sarawak mencapai sebagai negeri maju menjelang 2030.

Menerusi inisiatif pendidikan percuma ini, tiada lagi alasan anak-anak tempatan Sarawak keciciran atau tidak dapat belajar di peringkat tertinggi kerana adanya pendidikan percuma. 

Usaha Kerajaan Sarawak ini selaras dengan aspirasinya untuk mempertingkatkan kemunculan pakar bidang kritikal dalam keperluan semasa.

Sehubungan itu, tiada alasan untuk menolak pengajian tinggi disebabkan masalah kekangan kewangan.

Pelaksanaan pendidikan percuma untuk universiti milik Sarawak sudah pasti memberi satu peluang keemasan buat anak Sarawak, selain kelegaan buat ibu bapa golongan berpendapatan rendah. 

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan