PERKONGSIAN video yang dimuat naik di media sosial pelakon terkenal, Beto Kusyairy mencuri perhatian peminat.
Ia memaparkan pelakon filem Imaginur ini menjalani ujian Cardiopulmonary Exercise Testing (CPET) sebagai persediannya dalam sebuah projek yang bakal direalisasikan pada Oktober ini.
“Ada projek besar bakal direalisasikan Oktober nanti dan aku perlu persiapkan diri.
Teruja dan gementar datang sekali.
Aku suka sistem kerja yang baik apabila diberi masa untuk bersiap.
“Ramai yang ingat ujian ini hanya untuk atlet tapi tidak. Terbuka untuk semua orang.
Sangat bagus untuk kita check kondisi jantung dan peparu sama ada pada tahap baik atau teruk,” kata Beto di TikTok.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang sempat berseloroh aktor ini terlibat dengan projek yang memegang watak sebagai Iron Man.
“Terima kasih bro.
Baru tau boleh buat ujian ni.
Ingatkan sakit baru buat ujian, rupanya boleh pegi buat untuk ujian.
Mantap.”
“Macam cerita Universal Soldier abang ni memang idola saya.
“Semoga berjaya Beto Kusyairy selalu sokong. “Idola,” demikian antara komen-komen wargane



